Tuesday, August 17, 2010

Skim cepat kaya - tamak atau bodoh?

Ingat senang ke nak dapat duit banyak tapi malas. Jangan mimpi.

Pelik melihat orang-orang zaman sekarang yang mahu kaya tanpa berusaha. Jika ada yang menjanjikan pulangan berlipat kali ganda dengan cara yang paling mudah pasti ramai yang terkena. Adakah manusia hari ini buta kerana wang? Adakah manusia jadi bodoh sebab mengejar duit?

Jawapannya ada dalam diri masing-masing. INGAT! Jangan  mudah terpengaruh dengan janji-janji manis pihak yang mengaku mampu memberikan pulangan yang berlipat kali ganda. Tidak ada yang mudah dalam dunia ni. Nak makan pun perlu disuap. Inikan pula labur 10 ribu boleh dapat 5ribu sebulan. Ini satu PENIPUAN yang paling mudah dibuat dan ramai yang tamak dan juga bodoh menjadi mangsa.

Ada dikalangan penjawat awam yang sanggup membuat pinjaman peribadi semaksimum mungkin malah ada yang sanggup berhenti kerja kerana berangan-angan menjadi jutawan dalam sekelip mata. Tiada manusia yang menjadi kaya raya dengan skim cepat kaya. Adakah  Bill Gates menjadi kaya dengan permainan bodoh itu? Jawapannya TIDAK. Hanya mereka yang tamak dan bodoh sahaja yang akan berfikir sebalik.

Pelik apabila ramai yang telah menjadi mangsa skim tersebut. Kes-kes seperti itu seperti tiada kesudahan. Malah bilangan SI BODOH dan SI TAMAK semakin bertambah bilangannya yang tertipu. Walaupun pelbagai usaha kerajaan telah dijalankan bagi membanteras gejala itu namun sikap mereka yang tidak mahu mendengar nasihat serta tidak mahu berusaha menjadikan segala usaha menjadi sia-sia.

Pada 27 Julai lalu, polis menumpaskan sindiket pelaburan haram itu dengan menyerbu beberapa restoran di Mentari Court, Bandar Sunway, Petaling Jaya.
Dalam serbuan itu, seramai 59 ejen skim terbabit ditahan ketika cuba meyakinkan kira-kira 80 bakal pelabur baru. Serbuan dilakukan pegawai dan anggota JSJK Bukit Aman, Polis Selangor dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ekoran laporan-laporan polis yang dibuat mangsa.
Kesemua ejen ditahan berusia 20-an hingga 30-an dengan kebanyakan mereka terdiri daripada golongan muda yang baru tamat pengajian di peringkat universiti. Tiga hari selepas serbuan itu, polis mengambil keterangan seorang pengurus syarikat dipercayai terlibat dalam skim itu. Pengurus syarikat yang berusia 40-an itu ditemui di pejabatnya di Jalan Tengkat Tong Shin di sini kira-kira pukul 12 tengah hari sebelum dibawa ke JSJK Bukit Aman untuk diambil keterangan.

Pelik tapi benar. Orang yang TAMAK dan BODOH tidak pernah belajar dari kesilapan. Yang buruk tidak dijadikan sempadan malah menjadi ikutan. Biarlah mereka itu terus berangan dan tertipu. Bodoh kalau boleh diajar bagus dari yang bodoh tapi tidak mahu belajar. Bak kata pepatah biarkan si Luncai terjun dengan labunya. Adakah anda mahu jadi Luncai? Anda yang berhak menentukan.

No comments:

Post a Comment