Saturday, August 14, 2010

Haru biru muda?





Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Akhirnya niat saya untuk ber-blog terlaksana. Saya hanya ingin  berkongsi pandangan dan pendapat dengan semua orang dengan apa yang saya rasa sangat menakutkan terjadi pada negara mutakhir ini iaitu  gejala buang bayi (membunuh).

Pertamanya, saya ingin berkongsi masalah gejala buang bayi yang semakin membarah di negara kita sekarang.
 Kenapa keadaan ini berlaku dalam masyarakat? Apa yang kurang? Cara apa yang boleh di ambil bagi mengatasi masalah tersebut.

Sebenarnya masyarakat kite hari ini terdedah dengan pelbagai budaya kuning yang disebarkan melalui kemudahan internet. Internet merupakan kumpulan rangkaian yang disambungkan bersama-sama. Internet dibangunkan di atas sekumpulan jaringan yang merangkumi seluruh dunia dan jaringan yang terbentuk tersebut mengandungi banyak jenis komputer yang berbeza. Oleh itu, sesuatu mesti ada yang membolehkan jaringan-jaringan itu dapat dirangkaikan bersama-sama.

Melalui internet kita dapat memperolehi pelbagai maklumat berfaedah dan yang tidak bermanafaat  termasuklah video lucah. Segala maklumat yang tidak ditapis akan menjadikan internet sebagai alat perosak minda. Golongan remaja amat mudah terpengaruh dengan benda-benda negatif yang dilihat dan dibaca mereka. Jika ilmu tersebut diuji dengan rakan-rakan sebaya maka tentu sesuatu yang buruk akan terjadi. Contohnya seks di luar nikah, rogol dan seterusnya membunuh bayi.

Perangkaan ibu pejabat polis persekutuan Bukit Aman mendapati 65 kes buang bayi dicatat pada 2000 dan meningkat kepada 83 kes tahun lalu. Selangor mencatatkan angka tertinggi iaitu 22 kes (pada 2000) dan 24 kes (2006). Daripada jumlah tahun lalu, 79 kes membabitkan kes pembuangan bayi yang baru dilahirkan dan empat lagi kes pembuangan janin.

Statistik di atas menunjuk isu ini amat serius dan perlu ditangani bersama bukan sahaja kerajaan malah perlu mendapat sokongan masyarakat. Masyarakat dapat membantu dalam menangani masalah ini dengan menjadi mata dan telinga pihak berkuasa agar segala perbuatan tidak bertanggung jawab itu dapat dihapuskan.

Jika segala persundalan dapat dielakkan pasti gejala ini dapat di atasi sebelum menjadi barah dalam negara. Marilah kita bersama-sama membantu kerajaan agar gejala ini dapat dibuang terus dari akar umbi masyarakat. ``Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

Imam Al-Ghazali berkata: "Anak-anak adalah amanah atas ibu bapa, jika dia terbiasa dengan benda yang baik, dia akan membesar dalam kebaikan dan biasa dengannya. Dan jika dibesarkan dalam suasana yang tidak baik, maka menderitalah dia dan binasa." Justeru, penting sekali untuk diingatkan kepada ibu bapa agar mendidik anak-anak dengan baik.

Bukanlah isunya “membalas dendam”  sekiranya sewaktu kecil dahulu kita tidak dibesarkan dalam keluarga yang sejahtera  namun berkaitan dengan soal pilihan. Pilihan justeru ada di tangan kita. Pilihlah yang baik dan sejahtera untuk kehidupan kita dan generasi kita selepas ini.
















1 comment:

  1. Tahniah kerana berjaya membina blog baru, blog saudara kelihatan neutral... Tidak terlalu condong kepada BN atau pembangkang... Diharap dapat masukkan blog saya ke dalam blog list saudara, supaya dapat bertukar-tukar link, terima kasih...

    http://exception2008.blogspot.com/

    ReplyDelete