Saturday, August 14, 2010

PKR dan DAP bakal hilangkan bangsa Melayu





Parti KeADILan Nasional merupakan sebuah parti politik yang lahir daripada gelombang  songsang  yang melanda negara selepas pemecatan AnwardaripadaUMNO pada 2 September 1998 kerana kes liwat. Sekumpulan penyokong yang pendek akal dan parti pembangkang kemudian menubuhkan Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia (GERAK). Pendukung Anwar kemudiannya menubuhkan Pergerakan Keadilan Sosial (ADIL) untuk memberi platform kepada perjuangan kes liwat Anwar.

Selepas itu, usaha menubuhkan parti politik menghadapi jalan buntu disebabkan oleh Pendaftar Pertubuhan  (ROS). Maka gerakan tersebut mengambil keputusan untuk mengambil alih sebuah parti kecil yang sedia ada iaitu Ikatan Masyarakat Islam Malaysia yang ditubuhkan pada 1990. Pelancaran Parti KeADILan Nasional diadakan pada 4 April 1999.

Parti Tindakan Demokrasi (DAP: Democratic Action Party) adalah parti serpihan daripada Parti Tindakan Rakyat (PAP: People's Action Party) di Singapura yang diasaskan pada Oktober 1965 sebelum didaftarkan secara rasmi enam bulan kemudian sebagai salah satu parti politik haluan kiri, pada 18 Mac 1966. Parti Tindakan Demokratik (DAP) berfungsi sebagai sebuah parti  sosial yang "berjanji akan berpegang kuat kepada ideologi satu negara Malaysia yang bebas beragama, berpolitik dan menghapuskan semua bangsa bumiputera.
Melihatkan kepada penubuhan kedua-dua parti tersebut, seharusnya kita faham perjuangan mereka hanya untuk kepentingan peribadi bukan untuk rakyat. Dengan bukti kerajaan Pulau Pinang yang yang dipimpin oleh DAP seolah-olah mahu menghapuskan melayu di sana amat membimbangkan. Roboh,roboh,roboh penempatan melayu menjadi slogan utama mereka sekarang.  Tidakkah terfikir bangsa sendiri yang sedang dirosakkan. Lihat sahaja isu Melayu Pulau Pinang, apa  Ketua Menteri buat, pengikut beliau berbangsa Melayu senyap, membutakan mata hati terhadap apa yang berlaku. 

Bagaimana jika DAP tidak menerima negara Islam, esok kita hendak beribadat pun banyak sekatannya. Bagaimana nanti, kita tidak mampu memiliki rumah mewah lagi, terperosok di kaki gunung Jerai. Bagaimana anak-anak kita hendak menyambung pelajaran, jika hak istimewa pemberian biasiswa sudah tiada. Hanya ini sahaja  yang kita ada, susah payah kita biar di sini, tetapi bukan kita susah di sini, sedang orang lain kaya dan mewah di tempat kita.

Peniaga-peniaga Melayu Pulau Pinang cukup tertekan dan kecewa dengan tindak-tanduk kerajaan negeri sejak dua tahun lalu. Rakyat Malaysia dapat menyaksikan satu lagi penindasan secara terang-terangan dilakukan di Pulau Pinang. Paling jelas ialah tindakan kerajaan negeri itu yang dilihat mengancam periuk nasi peniaga-peniaga Melayu.  Pemerintah Pulau Mutiara itu tidak dapat lagi menyembunyikan dasar diskriminasi terhadap peniaga-peniaga Melayu.
Kita dimaklumkan bahawa tindakan tidak membenarkan berniaga itu dibuat kerana peniaga Melayu didakwa gagal membuat bayaran sewa. Namun cerita sebaliknya pula dilaporkan bayaran telah dibuat. 

Menyedari masyarakat Melayu semakin menolak Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan ramai pemimpinnya keluar parti, Anwar Ibrahim kini agresif untuk memujuk semula Melayu.
Pemimpin utama PKR itu dilihat mengadakan beberapa ceramah termasuk apa yang dinamakan Ketuanan Melayu antaranya di Perak, baru-baru ini.
Tajuknya sahaja sudah mengelirukan. Kita tahu pendirian Anwar yang menolak ketuanan Melayu. Bukan itu sahaja struktur politik Melayu dan institusi Melayu sedang dirungkai oleh beliau demi untuk mendapat kuasa. Bangsa dan agama menjadi taruhan.  Anwar tidak lagi menjunjung Perlembagaan, yang beliau dan DAP mahu menulisnya semula. Ramai yang setuju beliau adalah ikon pengkhianatan dalam sejarah moden bangsa dan agamanya.
Lebih menarik dalam ceramah Ketuanan Melayu itu, Anwar turut mendakwa sekarang adalah zaman syaitan kerana banyak kelemahan di bawah pentadbiran Barisan Nasional.  Siapa sebenarnya yang berperangai dan bermuslihat seperti syaitan? Tidak perlu ulas panjang. Fikirkanlah siapa 'syaitan' itu yang sentiasa berusaha mengkucar-kacirkan negara dengan pelbagai helah dan hipokrasinya. Kita harus berwaspada kepada manusia yang bertopengkan syaitan  seperti dia. 

Renung dan kajilah bagaimana DAP dan PKR memerintah di Selangor dan Pulau Pinang yang menyaksikan satu demi satu langkah sumbang berlaku.
Memang benar dalam demokrasi mereka mempunyai hak untuk membuat keputusan tetapi rakyat terutamanya orang Melayu perlu mempertimbangkan banyak perkara, jangan sampai kerana  janji manis dan lakonan politik mereka, maka masa depan negara dan anak cucu kita digadaikan. Lu pikir la sendiri, saya pinjam kata-kata Nabil.



No comments:

Post a Comment