Monday, August 16, 2010

UMNO Terengganu semakin parah - tukar MB

MB yang menyedihkan.


Adun Chukai: Pemimpin yang berkualiti

Pemimpin UMNO  di Terengganu  perlu menggantikan Ahmad Said yang lemah sebelum konflik UMNO negeri itu menjadi buruk dan tidak mustahil kerajaan Terengganu bakal bertukar tangan.  Senario pelik itu dilihat berlaku setelah Ahmad Said dilantik menjadi Menteri Besar (MB). Jika dilihat dari luaran (paras rupa dan tingkah laku) memang sangat tidak sesuai untuk menjawat jawatan itu. Ditambahkan pula dengan kurangnya kemahiran berbahasa Inggeris menjadikan  beliau seorang yang memalukan. Bagaimana orang seperti itu dipilih menjadi MB? Adakah Terengganu tidak mempunyai orang yang lebih berkelayakan untuk menjadi MB? Adakah MB itu dipilih untuk menjadi boneka oleh pihak tertentu?

Semua ini perlu diteliti dengan baik oleh semua pihak agar kerajaan Barisan Nasional di Terengganu tidak kembali menjadi pembangkang pada Pilihan Raya Umum kelak. Jangan kerana sifat tamak menguasai segalanya sebelum terlambat. Jika pada pilihan raya umum nanti dimenangi oleh pakatan pembangkang baru hendak menyesal. Mungkin negara akan menjadi hancur di bawah penguasaan parti pembangkang yang didominasi oleh DAP. Lihat apa yang berlaku sekarang di Selangor dan Pulau Pinang. Saya harap semua pihak yang berkenaan renung-renungkanlah apa yang bakal terjadi jika kemelut UMNO di negeri Terengganu tidak diselesaikan segera. `` Beringat sebelum kena''.

Sebenarnya ada jalan penyelesaian bagi semua masalah UMNO di negeri itu. Ganti Ahmad Said dengan pemimpin sejati yang berkelayakan pasti akan mengubah segalanya. Peminpin yang dipilih hendaklah cerdik, diterima rakyat dan paling penting perlu berupaya menyelesaikan semua masalah sekarang. Antara calon yang paling menonjol ialah  ADUN Chukai, Datuk Mohamed Awang Tera. Sekiranya beliau dilantik menjadi MB semua pihak khususnya rakyat akan menyokongnya. Beliau dilihat seorang pemimpin berjiwa rakyat dan mudah untuk diajak berbincang. Ini ialah jalan terbaik UMNO dalam menyelesaikan isu di Terengganu serta mengelakkan tragedi 1999 berulang.

Diharapkan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri itu, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dapat bertindak dengan segera agar kerajaan BN Terenganu kembali pulih dan paling penting kembali mendapat sokongan rakyat. Berdasarkan reaksi rakyat Terengganu sekarang BN bakal menjadi pembangkang pada PRU nanti. Bos jangan takut untuk bertindak, hanya untuk memuaskan hati seorang dua  pemimpin jangan sampai memaksa rakyat untuk mengundi parti pakatan pembangkang bagi menyatakan pendirian mereka. Pilih mereka yang betul-betul boleh bekerja untuk rakyat.  Ingat rakyat yang berkuasa. Tanpa rakyat pemimpin tidak akan berguna malah tanpa rakyat, pemimpin hanya akan menjadi najis yang perlu dibersihkan.

Habis..

5 comments:

  1. Bise boh. lama doh rakyat kite merana dengan Mad Said. Cakap omputih hacor, rupa takdok. Sbb utama dilantik jd MB xdok org berani nak jd. Dia yg lapor nk jd MB. Punoh UMNO masa PRU nati. Tukor sebelum kaloh.

    ReplyDelete
  2. Molek la kalau tukar MB. Takut sebab dia habis PAS menang pula di Terengganu. Jangan takut bertindak Datuk Najib sebab Mat Said BN akan kalah di sana.

    ReplyDelete
  3. Ahmad Said dilantik oleh pihak Istana, sesiapa pertikaikan perlantikan Ahmad Said sama juga mempertikaikan arahan Istana Terengganu terutamanya titah Sultan Mizan... Korang tentu lupa kena konflik antara Idris Jusoh dan Ahmad Said berlaku? Semua kerana Istana tak berkenan untuk melantik Idris Jusoh sbg MB (yang dicalonkan oleh PM), kemudian melantik Ahmad Said (yg telah diperkenan oleh Istana Terengganu)... Jika tak berpuas hati dgn Ahmad Said, sama juga anda tak yakin dengan kebijaksanaan Sultan Mizan. Sebenarnya isu ini adalah mainan politik sahaja yang tak suka akan kepimpinan Ahmad Said, mungkin ketegasan beliau, menyebabkan sesetengah kepimpinan UMNO Terengganu tidak suka...

    ReplyDelete
  4. Siapa pun yang melantik Ahmad Said perlu bertanggungjawab jika BN kalah di Terengganu. Tidakkah kamu tahu keadaan di sana amat parah dengan sokongan terhadap UMNO semakin menipis. Jika tidak dibuang boneka itu pasti PAS akan kembali memerintah. Kenapa tidak diganti dengan orang yang boleh memimpin contohnya Adun Chukai jika tidak mahu memilih Idris. eXception jangan menyokong secara membuta tuli. Takut semua terlepas.

    ReplyDelete
  5. Betul bro. Raja akan tetap jadi raja tapi kita yang akan sengsara jika kerajaan berpindah tangan. Sudah lupakah apa yang telah berlaku masa PAS memerintah di Terengganu? Taman Awam Batu Buruk jadi tempat pembiakan ular. Ceramah lagi banyak dari bekerja untuk rakyat. Balak habis dibahagi-bahagi sesama sendiri. Takut bro. Belum pegang tampuk pemerintahan Putrajaya. Kalau tidak entah apa yang akan terjadi. Sorry bro. Aku cakap benda betul.

    ReplyDelete