Saturday, August 14, 2010

PAS: parti atau agama?


Sedih melihat orang-orang yang mendakwa dirinya kuat agama tetapi mempersendakan Islam dengan mempolitikkannya. Sokong UMNO kafir, tak bau syurga jika undi calon UMNO. Mana yang benar dan mana yang salah. Mari kita lihat makna Islam terlebih dahulu. Islam  bermaksud tunduk dan patuh kepada perintah Maha Pemerintah dan larangan Nya tanpa bantahan. Dinamai agama kita ini dengan Islam kerana ia mengajarkan kepatuhan kepada Allah dan tunduk kepada perintahNya tanpa membantah. Jika kita patuh ke[pada perintah Allah dan meninggalkan laranganNya tiada sebab kita perlu takut dikafirkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Kenapa ada  pihak yang mudah terpengaruh dengan dakwaan yang sesat lagi menyesatkan itu? Tidak tahukah apa itu Islam? Adakah orang bukan Islam yang menyokong PAS akan masuk syurga? Bermusuh sesama Islam tidak berdosakah? Ajaran apa yang menghalalkan permusuhan sesama Islam?
Sesat,sesat,sesat. Ayah Pin pun lagi bagus kerana tidak mempengaruhi pengikutnya untuk bermusuh dengan orang Islam. Jangan jadi buta dengan penampilan seseorang yang pandai bermain ayat Al-Quran tetapi bertindak mengikut nafsu syaitan. Kembalilah wahai umat Islam yang terlalu taksub dengan pemimpin yang salah. Taksub itu berdosa. Jika anda pernah ke makam Nabi Muhammad SAW, ada umat Islam yang taksub bersembahyang mengadap makam baginda tetapi diterajang oleh pengawal di situ. Sedangkan kita tidak boleh taksub akan Nabi lagi Rasul tidak boleh  inikan pula mahu taksub kepada pemimpin yang belajar sedikit tentang agama.

Pemerintah ada hak dalam ijtihadnya. Rakyat juga ada hak mencadangkannya. Zaman dan tempat mungkin berperanan dalam menentukan tindakan atau pilihan yang terbaik. Islam tidak pernah menyatakan belajar Sains dan Matematik mesti dalam bahasa Inggeris, atau Melayu, atau Arab atau sebagainya. Islam hanya memerintahkan Muslim agar bertindak dengan bijak. Menentukan perkara yang seperti ini amat subjektif.

Islam perlu dibezakan antara sebagai prinsip atau sebagai alat. Islam sebagai prinsip bererti meletakkan Islam sebagai pegangan dan panduan. Salah atau benar sesuatu dinilai berdasarkan prinsip Islam.Kita akan menilai dengan adil setiap perkara dengan timbangan Islam sekalipun jika keputusannya itu tidak berpihak kepada kita, kita tetap akan akur.

 Inilah yang diarahkan oleh al-Quran dalam Surah al-Nisa, ayat ke-135:
annisa135
(maksudnya) “Wahai orang-orang yang beriman! hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu..”.
Menjadikan Islam sebagai alat atau umpan pula ialah mempergunakan Islam sebagai bahan untuk sesuatu tujuan, padahal tujuan tersebut hanya bersifat puak atau peribadi, bukan untuk kepentingan Islam yang hakiki. Nas-nas agama akan ditafsirkan atau disalahgunakan supaya sesuatu pandangan sekalipun tidak tepat, dapat dibela atau dijustifikasikan. Ataupun agama digunakan agar orang ramai tertarik dan percaya kepadanya sekalipun hakikat agama bukan sedemikian rupa.

 Inilah yang ditempelak oleh Allah dalam Surah al-Nahl, ayat 116-117:
annahl116-117
(maksudnya) Dan janganlah kamu berkata dengan apa yang disifatkan oleh lidah kamu: “Ini halal dan ini haram”, untuk mengada-adakan sesuatu yang dusta terhadap Allah; Sesungguhnya orang-orang yang berdusta terhadap Allah tidak akan berjaya. (Mereka hanya mendapat) sedikit kesenangan (di dunia), dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.”
Malang sekali dalam sejarah umat Islam, kecenderungan menggunakan agama sebagai modal begitu banyak dan berterusan. Kesannya amat bahaya dan mendalam.
Jangan mudah tertipu dan menjadi tunggangan mereka yang mempermainkan agama sebagai modal politik. Golongan ini sesungguhnya terpesong jauh dari akidah sebenar. Saya harap orang ramai tidak mudah terperdaya dengan mereka-nereka yang bersenjatakan ayat Quran dan kopiah lusuh kerana mereka akan membawa kepada pepecahan umat Islam di negara ini.
Fikir-fikirkanlah.

1 comment:

  1. Sungguh menarik tulisan anda berkaitan NIK AZIZ. Saya seorang guru di sekolah menengah dan juga penyokong kuat PAS sejak 20 tahun lalu. Penulisan anda telah membuka mata saya dari terus tertipu dengan ayat-ayat mainan TOK GURU. Alhamdulillah, ALLAH telah memberi hidayah kepada saya agar tidak sesat lebih jauh. Saya setuju 100% dengan anda. Orang yang dikatakan sebagai Ulamak menjadi punca perpecahan umat Islam negara kita. Nabi Muhammad SAW sedaya upaya menyatukan umat tetapi ``Ulamak PAS'' ini pula cuba memecah belahkan umat. Sungguh memalukan. Saya tidak akan mengundi parti yang mempermainkan Islam lagi selepas ini. Teruskan usaha anda bagi membawa kebenaran. Tahniah..

    ReplyDelete