Friday, August 27, 2010

Pelik!! PAS bawa Islam baru?

Bangga orang PAS, dapat derma moreh.


Orang Cina bagi tazkirah?


PAS bawa Islam baru?



Dunia di akhir zaman. Orang yang mendakwa kuat agama semakin terpesong dengan landasan Islam sebenar. Orang bukan Islam masuk ke rumah Allah mendapat sambutan dari golongan yang mendakwa kuat Islam. Tidakkah mereka tahu hukum agama? Imam apa yang tidak tahu hukum Islam?


22 Ogos 2010, Teo Nie Ching (Ahli Parlimen DAP Serdang) telah masuk untuk berceramah dan menyampaikan sumbangan kepada ahli-ahli PAS di Surau Al-Huda Kajang Sentral. Bukan sekadar masuk ke dalam surau, malah Teo pergi ke barisan saf pertama untuk berceramah kepada orang Islam di dalam surau. Pada waktu tersebut, jam 9.33 malam. Ini bermakna, sama ada Teoh memberikan tazkirah selepas selesai solat terawih atau antara solat terawih.

Pengerusi surau Al Huda, Azemi yang mendapat bantuan Ahli Parlimen Serdang itu mengakui kehadiran orang bukan Islam itu. Yang menjadi persoalan tidak ada tempat lainkah yang boleh dijadikan tempat menerima bantuan? Bukankah orang bukan Islam dilarang masuk ke rumah Allah?

 Mengikut Mazhab As Syafie, orang kafir haram dan ditegah sama sekali untuk masuk ke dalam masjid sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah At Taubah, ayat 28.


"Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya (kepercayaan) orang-orang kafir musyrik itu najis, oleh itu janganlah mereka menghampiri Masjid Al-Haraam sesudah tahun ini dan jika kamu bimbangkan kepapaan, maka Allah akan memberi kekayaan kepada kamu dari limpah kurniaNya, jika Ia kehendaki. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana" surah At Taubah ayat 28.

Al-Qurtubi, di dalam tafsirnya Al-Jami’ li-Ahkam Al-Quran melaporkan bahawa Ibn ‘Abbas r.a. berkata yang najis itu kesyirikan yang menjadi pegangannya, bukan tubuh badannya.

Surau Al Huda terletak di Taman Kajang Sentral yang baru siap, terletak 500 meter dari Surau Al Hidayah. Yang pelik hari ini 26 Ogos solat jemaah Maghrib hanya ada 6 orang warga asing yang berjemaah di Surau A Huda. Keadaan sebaliknya di Surau Al Hidayah yang mana lebih dari 30 orang yang berjemaah di sana. Mengapa perlu ada 2 surau dalam kawasan yang sama? Ke mana AJK surau tersebut bersembahyang pada waktu solat itu? Mengapa warga asing yang menguasai surau itu?


Maksudnya ialah, surau itu hanya tempat untuk berpolitik bagi orang PAS. Bukan tempat  untuk  beribadah.  Mari kita ramai-ramai melihat sendiri keadaan surau itu. Sungguh memalukan. Kenpa mahu jadikan surau tempat berpolitik? Sebabnya, tok guru agama PAS pernah berkata, Islam itu politik dan politik itu Islam. Maka itu yang menjadi pegangan orang-orang PAS hari ini.

Jelas pada kita semua, agama Islam yang dibawa PAS semakin terpesong dari ajaran Islam yang hakiki. Mari kita sama-sama berdoa kepada Allah SWT agar ahli-ahli atau penyokong PAS kembali sedar dan bertaubat. Jangan jadi orang yang menyokong membuta tuli. Gunakan akal yang waras untuk berfikir bukan menggunakan nafsu kerana segala yang salah tetap salah walau kepada siapa pun tanpa mengenal pangkat atau darjat.

Kepada pemimpin PAS jangan cuba mempolitikkan agama kerana akibatnya amat buruk kepada agama dan umat Islam khususnya. Jangan cuba menegakkan benang yang basah, kerana yang basah tetap akan basah. Kembali kepada Islam sebenar. Jangan terpengaruh dengan agama buatan PAS.

Habis..


No comments:

Post a Comment