Friday, August 27, 2010

Pelik!! PAS bawa Islam baru?

Bangga orang PAS, dapat derma moreh.


Orang Cina bagi tazkirah?


PAS bawa Islam baru?



Dunia di akhir zaman. Orang yang mendakwa kuat agama semakin terpesong dengan landasan Islam sebenar. Orang bukan Islam masuk ke rumah Allah mendapat sambutan dari golongan yang mendakwa kuat Islam. Tidakkah mereka tahu hukum agama? Imam apa yang tidak tahu hukum Islam?


22 Ogos 2010, Teo Nie Ching (Ahli Parlimen DAP Serdang) telah masuk untuk berceramah dan menyampaikan sumbangan kepada ahli-ahli PAS di Surau Al-Huda Kajang Sentral. Bukan sekadar masuk ke dalam surau, malah Teo pergi ke barisan saf pertama untuk berceramah kepada orang Islam di dalam surau. Pada waktu tersebut, jam 9.33 malam. Ini bermakna, sama ada Teoh memberikan tazkirah selepas selesai solat terawih atau antara solat terawih.

Pengerusi surau Al Huda, Azemi yang mendapat bantuan Ahli Parlimen Serdang itu mengakui kehadiran orang bukan Islam itu. Yang menjadi persoalan tidak ada tempat lainkah yang boleh dijadikan tempat menerima bantuan? Bukankah orang bukan Islam dilarang masuk ke rumah Allah?

 Mengikut Mazhab As Syafie, orang kafir haram dan ditegah sama sekali untuk masuk ke dalam masjid sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah At Taubah, ayat 28.


"Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya (kepercayaan) orang-orang kafir musyrik itu najis, oleh itu janganlah mereka menghampiri Masjid Al-Haraam sesudah tahun ini dan jika kamu bimbangkan kepapaan, maka Allah akan memberi kekayaan kepada kamu dari limpah kurniaNya, jika Ia kehendaki. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana" surah At Taubah ayat 28.

Al-Qurtubi, di dalam tafsirnya Al-Jami’ li-Ahkam Al-Quran melaporkan bahawa Ibn ‘Abbas r.a. berkata yang najis itu kesyirikan yang menjadi pegangannya, bukan tubuh badannya.

Surau Al Huda terletak di Taman Kajang Sentral yang baru siap, terletak 500 meter dari Surau Al Hidayah. Yang pelik hari ini 26 Ogos solat jemaah Maghrib hanya ada 6 orang warga asing yang berjemaah di Surau A Huda. Keadaan sebaliknya di Surau Al Hidayah yang mana lebih dari 30 orang yang berjemaah di sana. Mengapa perlu ada 2 surau dalam kawasan yang sama? Ke mana AJK surau tersebut bersembahyang pada waktu solat itu? Mengapa warga asing yang menguasai surau itu?


Maksudnya ialah, surau itu hanya tempat untuk berpolitik bagi orang PAS. Bukan tempat  untuk  beribadah.  Mari kita ramai-ramai melihat sendiri keadaan surau itu. Sungguh memalukan. Kenpa mahu jadikan surau tempat berpolitik? Sebabnya, tok guru agama PAS pernah berkata, Islam itu politik dan politik itu Islam. Maka itu yang menjadi pegangan orang-orang PAS hari ini.

Jelas pada kita semua, agama Islam yang dibawa PAS semakin terpesong dari ajaran Islam yang hakiki. Mari kita sama-sama berdoa kepada Allah SWT agar ahli-ahli atau penyokong PAS kembali sedar dan bertaubat. Jangan jadi orang yang menyokong membuta tuli. Gunakan akal yang waras untuk berfikir bukan menggunakan nafsu kerana segala yang salah tetap salah walau kepada siapa pun tanpa mengenal pangkat atau darjat.

Kepada pemimpin PAS jangan cuba mempolitikkan agama kerana akibatnya amat buruk kepada agama dan umat Islam khususnya. Jangan cuba menegakkan benang yang basah, kerana yang basah tetap akan basah. Kembali kepada Islam sebenar. Jangan terpengaruh dengan agama buatan PAS.

Habis..


Tuesday, August 17, 2010

Skim cepat kaya - tamak atau bodoh?

Ingat senang ke nak dapat duit banyak tapi malas. Jangan mimpi.

Pelik melihat orang-orang zaman sekarang yang mahu kaya tanpa berusaha. Jika ada yang menjanjikan pulangan berlipat kali ganda dengan cara yang paling mudah pasti ramai yang terkena. Adakah manusia hari ini buta kerana wang? Adakah manusia jadi bodoh sebab mengejar duit?

Jawapannya ada dalam diri masing-masing. INGAT! Jangan  mudah terpengaruh dengan janji-janji manis pihak yang mengaku mampu memberikan pulangan yang berlipat kali ganda. Tidak ada yang mudah dalam dunia ni. Nak makan pun perlu disuap. Inikan pula labur 10 ribu boleh dapat 5ribu sebulan. Ini satu PENIPUAN yang paling mudah dibuat dan ramai yang tamak dan juga bodoh menjadi mangsa.

Ada dikalangan penjawat awam yang sanggup membuat pinjaman peribadi semaksimum mungkin malah ada yang sanggup berhenti kerja kerana berangan-angan menjadi jutawan dalam sekelip mata. Tiada manusia yang menjadi kaya raya dengan skim cepat kaya. Adakah  Bill Gates menjadi kaya dengan permainan bodoh itu? Jawapannya TIDAK. Hanya mereka yang tamak dan bodoh sahaja yang akan berfikir sebalik.

Pelik apabila ramai yang telah menjadi mangsa skim tersebut. Kes-kes seperti itu seperti tiada kesudahan. Malah bilangan SI BODOH dan SI TAMAK semakin bertambah bilangannya yang tertipu. Walaupun pelbagai usaha kerajaan telah dijalankan bagi membanteras gejala itu namun sikap mereka yang tidak mahu mendengar nasihat serta tidak mahu berusaha menjadikan segala usaha menjadi sia-sia.

Pada 27 Julai lalu, polis menumpaskan sindiket pelaburan haram itu dengan menyerbu beberapa restoran di Mentari Court, Bandar Sunway, Petaling Jaya.
Dalam serbuan itu, seramai 59 ejen skim terbabit ditahan ketika cuba meyakinkan kira-kira 80 bakal pelabur baru. Serbuan dilakukan pegawai dan anggota JSJK Bukit Aman, Polis Selangor dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ekoran laporan-laporan polis yang dibuat mangsa.
Kesemua ejen ditahan berusia 20-an hingga 30-an dengan kebanyakan mereka terdiri daripada golongan muda yang baru tamat pengajian di peringkat universiti. Tiga hari selepas serbuan itu, polis mengambil keterangan seorang pengurus syarikat dipercayai terlibat dalam skim itu. Pengurus syarikat yang berusia 40-an itu ditemui di pejabatnya di Jalan Tengkat Tong Shin di sini kira-kira pukul 12 tengah hari sebelum dibawa ke JSJK Bukit Aman untuk diambil keterangan.

Pelik tapi benar. Orang yang TAMAK dan BODOH tidak pernah belajar dari kesilapan. Yang buruk tidak dijadikan sempadan malah menjadi ikutan. Biarlah mereka itu terus berangan dan tertipu. Bodoh kalau boleh diajar bagus dari yang bodoh tapi tidak mahu belajar. Bak kata pepatah biarkan si Luncai terjun dengan labunya. Adakah anda mahu jadi Luncai? Anda yang berhak menentukan.

Monday, August 16, 2010

UMNO Terengganu semakin parah - tukar MB

MB yang menyedihkan.


Adun Chukai: Pemimpin yang berkualiti

Pemimpin UMNO  di Terengganu  perlu menggantikan Ahmad Said yang lemah sebelum konflik UMNO negeri itu menjadi buruk dan tidak mustahil kerajaan Terengganu bakal bertukar tangan.  Senario pelik itu dilihat berlaku setelah Ahmad Said dilantik menjadi Menteri Besar (MB). Jika dilihat dari luaran (paras rupa dan tingkah laku) memang sangat tidak sesuai untuk menjawat jawatan itu. Ditambahkan pula dengan kurangnya kemahiran berbahasa Inggeris menjadikan  beliau seorang yang memalukan. Bagaimana orang seperti itu dipilih menjadi MB? Adakah Terengganu tidak mempunyai orang yang lebih berkelayakan untuk menjadi MB? Adakah MB itu dipilih untuk menjadi boneka oleh pihak tertentu?

Semua ini perlu diteliti dengan baik oleh semua pihak agar kerajaan Barisan Nasional di Terengganu tidak kembali menjadi pembangkang pada Pilihan Raya Umum kelak. Jangan kerana sifat tamak menguasai segalanya sebelum terlambat. Jika pada pilihan raya umum nanti dimenangi oleh pakatan pembangkang baru hendak menyesal. Mungkin negara akan menjadi hancur di bawah penguasaan parti pembangkang yang didominasi oleh DAP. Lihat apa yang berlaku sekarang di Selangor dan Pulau Pinang. Saya harap semua pihak yang berkenaan renung-renungkanlah apa yang bakal terjadi jika kemelut UMNO di negeri Terengganu tidak diselesaikan segera. `` Beringat sebelum kena''.

Sebenarnya ada jalan penyelesaian bagi semua masalah UMNO di negeri itu. Ganti Ahmad Said dengan pemimpin sejati yang berkelayakan pasti akan mengubah segalanya. Peminpin yang dipilih hendaklah cerdik, diterima rakyat dan paling penting perlu berupaya menyelesaikan semua masalah sekarang. Antara calon yang paling menonjol ialah  ADUN Chukai, Datuk Mohamed Awang Tera. Sekiranya beliau dilantik menjadi MB semua pihak khususnya rakyat akan menyokongnya. Beliau dilihat seorang pemimpin berjiwa rakyat dan mudah untuk diajak berbincang. Ini ialah jalan terbaik UMNO dalam menyelesaikan isu di Terengganu serta mengelakkan tragedi 1999 berulang.

Diharapkan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri itu, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dapat bertindak dengan segera agar kerajaan BN Terenganu kembali pulih dan paling penting kembali mendapat sokongan rakyat. Berdasarkan reaksi rakyat Terengganu sekarang BN bakal menjadi pembangkang pada PRU nanti. Bos jangan takut untuk bertindak, hanya untuk memuaskan hati seorang dua  pemimpin jangan sampai memaksa rakyat untuk mengundi parti pakatan pembangkang bagi menyatakan pendirian mereka. Pilih mereka yang betul-betul boleh bekerja untuk rakyat.  Ingat rakyat yang berkuasa. Tanpa rakyat pemimpin tidak akan berguna malah tanpa rakyat, pemimpin hanya akan menjadi najis yang perlu dibersihkan.

Habis..

Saturday, August 14, 2010

PAS: parti atau agama?


Sedih melihat orang-orang yang mendakwa dirinya kuat agama tetapi mempersendakan Islam dengan mempolitikkannya. Sokong UMNO kafir, tak bau syurga jika undi calon UMNO. Mana yang benar dan mana yang salah. Mari kita lihat makna Islam terlebih dahulu. Islam  bermaksud tunduk dan patuh kepada perintah Maha Pemerintah dan larangan Nya tanpa bantahan. Dinamai agama kita ini dengan Islam kerana ia mengajarkan kepatuhan kepada Allah dan tunduk kepada perintahNya tanpa membantah. Jika kita patuh ke[pada perintah Allah dan meninggalkan laranganNya tiada sebab kita perlu takut dikafirkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Kenapa ada  pihak yang mudah terpengaruh dengan dakwaan yang sesat lagi menyesatkan itu? Tidak tahukah apa itu Islam? Adakah orang bukan Islam yang menyokong PAS akan masuk syurga? Bermusuh sesama Islam tidak berdosakah? Ajaran apa yang menghalalkan permusuhan sesama Islam?
Sesat,sesat,sesat. Ayah Pin pun lagi bagus kerana tidak mempengaruhi pengikutnya untuk bermusuh dengan orang Islam. Jangan jadi buta dengan penampilan seseorang yang pandai bermain ayat Al-Quran tetapi bertindak mengikut nafsu syaitan. Kembalilah wahai umat Islam yang terlalu taksub dengan pemimpin yang salah. Taksub itu berdosa. Jika anda pernah ke makam Nabi Muhammad SAW, ada umat Islam yang taksub bersembahyang mengadap makam baginda tetapi diterajang oleh pengawal di situ. Sedangkan kita tidak boleh taksub akan Nabi lagi Rasul tidak boleh  inikan pula mahu taksub kepada pemimpin yang belajar sedikit tentang agama.

Pemerintah ada hak dalam ijtihadnya. Rakyat juga ada hak mencadangkannya. Zaman dan tempat mungkin berperanan dalam menentukan tindakan atau pilihan yang terbaik. Islam tidak pernah menyatakan belajar Sains dan Matematik mesti dalam bahasa Inggeris, atau Melayu, atau Arab atau sebagainya. Islam hanya memerintahkan Muslim agar bertindak dengan bijak. Menentukan perkara yang seperti ini amat subjektif.

Islam perlu dibezakan antara sebagai prinsip atau sebagai alat. Islam sebagai prinsip bererti meletakkan Islam sebagai pegangan dan panduan. Salah atau benar sesuatu dinilai berdasarkan prinsip Islam.Kita akan menilai dengan adil setiap perkara dengan timbangan Islam sekalipun jika keputusannya itu tidak berpihak kepada kita, kita tetap akan akur.

 Inilah yang diarahkan oleh al-Quran dalam Surah al-Nisa, ayat ke-135:
annisa135
(maksudnya) “Wahai orang-orang yang beriman! hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu..”.
Menjadikan Islam sebagai alat atau umpan pula ialah mempergunakan Islam sebagai bahan untuk sesuatu tujuan, padahal tujuan tersebut hanya bersifat puak atau peribadi, bukan untuk kepentingan Islam yang hakiki. Nas-nas agama akan ditafsirkan atau disalahgunakan supaya sesuatu pandangan sekalipun tidak tepat, dapat dibela atau dijustifikasikan. Ataupun agama digunakan agar orang ramai tertarik dan percaya kepadanya sekalipun hakikat agama bukan sedemikian rupa.

 Inilah yang ditempelak oleh Allah dalam Surah al-Nahl, ayat 116-117:
annahl116-117
(maksudnya) Dan janganlah kamu berkata dengan apa yang disifatkan oleh lidah kamu: “Ini halal dan ini haram”, untuk mengada-adakan sesuatu yang dusta terhadap Allah; Sesungguhnya orang-orang yang berdusta terhadap Allah tidak akan berjaya. (Mereka hanya mendapat) sedikit kesenangan (di dunia), dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.”
Malang sekali dalam sejarah umat Islam, kecenderungan menggunakan agama sebagai modal begitu banyak dan berterusan. Kesannya amat bahaya dan mendalam.
Jangan mudah tertipu dan menjadi tunggangan mereka yang mempermainkan agama sebagai modal politik. Golongan ini sesungguhnya terpesong jauh dari akidah sebenar. Saya harap orang ramai tidak mudah terperdaya dengan mereka-nereka yang bersenjatakan ayat Quran dan kopiah lusuh kerana mereka akan membawa kepada pepecahan umat Islam di negara ini.
Fikir-fikirkanlah.

PKR dan DAP bakal hilangkan bangsa Melayu





Parti KeADILan Nasional merupakan sebuah parti politik yang lahir daripada gelombang  songsang  yang melanda negara selepas pemecatan AnwardaripadaUMNO pada 2 September 1998 kerana kes liwat. Sekumpulan penyokong yang pendek akal dan parti pembangkang kemudian menubuhkan Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia (GERAK). Pendukung Anwar kemudiannya menubuhkan Pergerakan Keadilan Sosial (ADIL) untuk memberi platform kepada perjuangan kes liwat Anwar.

Selepas itu, usaha menubuhkan parti politik menghadapi jalan buntu disebabkan oleh Pendaftar Pertubuhan  (ROS). Maka gerakan tersebut mengambil keputusan untuk mengambil alih sebuah parti kecil yang sedia ada iaitu Ikatan Masyarakat Islam Malaysia yang ditubuhkan pada 1990. Pelancaran Parti KeADILan Nasional diadakan pada 4 April 1999.

Parti Tindakan Demokrasi (DAP: Democratic Action Party) adalah parti serpihan daripada Parti Tindakan Rakyat (PAP: People's Action Party) di Singapura yang diasaskan pada Oktober 1965 sebelum didaftarkan secara rasmi enam bulan kemudian sebagai salah satu parti politik haluan kiri, pada 18 Mac 1966. Parti Tindakan Demokratik (DAP) berfungsi sebagai sebuah parti  sosial yang "berjanji akan berpegang kuat kepada ideologi satu negara Malaysia yang bebas beragama, berpolitik dan menghapuskan semua bangsa bumiputera.
Melihatkan kepada penubuhan kedua-dua parti tersebut, seharusnya kita faham perjuangan mereka hanya untuk kepentingan peribadi bukan untuk rakyat. Dengan bukti kerajaan Pulau Pinang yang yang dipimpin oleh DAP seolah-olah mahu menghapuskan melayu di sana amat membimbangkan. Roboh,roboh,roboh penempatan melayu menjadi slogan utama mereka sekarang.  Tidakkah terfikir bangsa sendiri yang sedang dirosakkan. Lihat sahaja isu Melayu Pulau Pinang, apa  Ketua Menteri buat, pengikut beliau berbangsa Melayu senyap, membutakan mata hati terhadap apa yang berlaku. 

Bagaimana jika DAP tidak menerima negara Islam, esok kita hendak beribadat pun banyak sekatannya. Bagaimana nanti, kita tidak mampu memiliki rumah mewah lagi, terperosok di kaki gunung Jerai. Bagaimana anak-anak kita hendak menyambung pelajaran, jika hak istimewa pemberian biasiswa sudah tiada. Hanya ini sahaja  yang kita ada, susah payah kita biar di sini, tetapi bukan kita susah di sini, sedang orang lain kaya dan mewah di tempat kita.

Peniaga-peniaga Melayu Pulau Pinang cukup tertekan dan kecewa dengan tindak-tanduk kerajaan negeri sejak dua tahun lalu. Rakyat Malaysia dapat menyaksikan satu lagi penindasan secara terang-terangan dilakukan di Pulau Pinang. Paling jelas ialah tindakan kerajaan negeri itu yang dilihat mengancam periuk nasi peniaga-peniaga Melayu.  Pemerintah Pulau Mutiara itu tidak dapat lagi menyembunyikan dasar diskriminasi terhadap peniaga-peniaga Melayu.
Kita dimaklumkan bahawa tindakan tidak membenarkan berniaga itu dibuat kerana peniaga Melayu didakwa gagal membuat bayaran sewa. Namun cerita sebaliknya pula dilaporkan bayaran telah dibuat. 

Menyedari masyarakat Melayu semakin menolak Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan ramai pemimpinnya keluar parti, Anwar Ibrahim kini agresif untuk memujuk semula Melayu.
Pemimpin utama PKR itu dilihat mengadakan beberapa ceramah termasuk apa yang dinamakan Ketuanan Melayu antaranya di Perak, baru-baru ini.
Tajuknya sahaja sudah mengelirukan. Kita tahu pendirian Anwar yang menolak ketuanan Melayu. Bukan itu sahaja struktur politik Melayu dan institusi Melayu sedang dirungkai oleh beliau demi untuk mendapat kuasa. Bangsa dan agama menjadi taruhan.  Anwar tidak lagi menjunjung Perlembagaan, yang beliau dan DAP mahu menulisnya semula. Ramai yang setuju beliau adalah ikon pengkhianatan dalam sejarah moden bangsa dan agamanya.
Lebih menarik dalam ceramah Ketuanan Melayu itu, Anwar turut mendakwa sekarang adalah zaman syaitan kerana banyak kelemahan di bawah pentadbiran Barisan Nasional.  Siapa sebenarnya yang berperangai dan bermuslihat seperti syaitan? Tidak perlu ulas panjang. Fikirkanlah siapa 'syaitan' itu yang sentiasa berusaha mengkucar-kacirkan negara dengan pelbagai helah dan hipokrasinya. Kita harus berwaspada kepada manusia yang bertopengkan syaitan  seperti dia. 

Renung dan kajilah bagaimana DAP dan PKR memerintah di Selangor dan Pulau Pinang yang menyaksikan satu demi satu langkah sumbang berlaku.
Memang benar dalam demokrasi mereka mempunyai hak untuk membuat keputusan tetapi rakyat terutamanya orang Melayu perlu mempertimbangkan banyak perkara, jangan sampai kerana  janji manis dan lakonan politik mereka, maka masa depan negara dan anak cucu kita digadaikan. Lu pikir la sendiri, saya pinjam kata-kata Nabil.



Haru biru muda?





Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Akhirnya niat saya untuk ber-blog terlaksana. Saya hanya ingin  berkongsi pandangan dan pendapat dengan semua orang dengan apa yang saya rasa sangat menakutkan terjadi pada negara mutakhir ini iaitu  gejala buang bayi (membunuh).

Pertamanya, saya ingin berkongsi masalah gejala buang bayi yang semakin membarah di negara kita sekarang.
 Kenapa keadaan ini berlaku dalam masyarakat? Apa yang kurang? Cara apa yang boleh di ambil bagi mengatasi masalah tersebut.

Sebenarnya masyarakat kite hari ini terdedah dengan pelbagai budaya kuning yang disebarkan melalui kemudahan internet. Internet merupakan kumpulan rangkaian yang disambungkan bersama-sama. Internet dibangunkan di atas sekumpulan jaringan yang merangkumi seluruh dunia dan jaringan yang terbentuk tersebut mengandungi banyak jenis komputer yang berbeza. Oleh itu, sesuatu mesti ada yang membolehkan jaringan-jaringan itu dapat dirangkaikan bersama-sama.

Melalui internet kita dapat memperolehi pelbagai maklumat berfaedah dan yang tidak bermanafaat  termasuklah video lucah. Segala maklumat yang tidak ditapis akan menjadikan internet sebagai alat perosak minda. Golongan remaja amat mudah terpengaruh dengan benda-benda negatif yang dilihat dan dibaca mereka. Jika ilmu tersebut diuji dengan rakan-rakan sebaya maka tentu sesuatu yang buruk akan terjadi. Contohnya seks di luar nikah, rogol dan seterusnya membunuh bayi.

Perangkaan ibu pejabat polis persekutuan Bukit Aman mendapati 65 kes buang bayi dicatat pada 2000 dan meningkat kepada 83 kes tahun lalu. Selangor mencatatkan angka tertinggi iaitu 22 kes (pada 2000) dan 24 kes (2006). Daripada jumlah tahun lalu, 79 kes membabitkan kes pembuangan bayi yang baru dilahirkan dan empat lagi kes pembuangan janin.

Statistik di atas menunjuk isu ini amat serius dan perlu ditangani bersama bukan sahaja kerajaan malah perlu mendapat sokongan masyarakat. Masyarakat dapat membantu dalam menangani masalah ini dengan menjadi mata dan telinga pihak berkuasa agar segala perbuatan tidak bertanggung jawab itu dapat dihapuskan.

Jika segala persundalan dapat dielakkan pasti gejala ini dapat di atasi sebelum menjadi barah dalam negara. Marilah kita bersama-sama membantu kerajaan agar gejala ini dapat dibuang terus dari akar umbi masyarakat. ``Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

Imam Al-Ghazali berkata: "Anak-anak adalah amanah atas ibu bapa, jika dia terbiasa dengan benda yang baik, dia akan membesar dalam kebaikan dan biasa dengannya. Dan jika dibesarkan dalam suasana yang tidak baik, maka menderitalah dia dan binasa." Justeru, penting sekali untuk diingatkan kepada ibu bapa agar mendidik anak-anak dengan baik.

Bukanlah isunya “membalas dendam”  sekiranya sewaktu kecil dahulu kita tidak dibesarkan dalam keluarga yang sejahtera  namun berkaitan dengan soal pilihan. Pilihan justeru ada di tangan kita. Pilihlah yang baik dan sejahtera untuk kehidupan kita dan generasi kita selepas ini.